Lanjutan dari tulisan kemaren, bahwa salah satu dari 10 hal
yang bisa menjauhkan kita dari siksa api neraka, antara lain :
2. Istighfar
Apabila kita mengatakan bahawa taubat ialah tindakan hati,
maka istighfar pula ialah tindakan lidah kita. Taubat yang dilisankan. taubat
dan istighfar; kedua-dua adalah hal berbeza, tapi saling memerlukan. Istighfar
adalah salah satu cara melahirkan rasa taubat.
Nabi saw bersabda,
وَاللَّهِ
إِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
فِى الْيَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً
“Demi Allah. Sungguh aku selalu
beristighfar dan bertaubat kepada Allah dalam sehari lebih dari 70 kali.” (HR.
Bukhari)
Jika nabi saw sering bertaubat dan beristighfar, bagaimana
dengan anda dan saya? Dalam sebuah hadith riwayat Bukhari diceritakan tentang
seorang hamba yang berbuat dosa kemudian berkata,
يَا رَبِّ إِنِّى أَذْنَبْتُ
ذَنْبًا فَاغْفِرْ لِى
“Ya Allah aku telah berdosa,
ampunilah aku”
Maka Allah berfirman,
عَلِمَ
عَبْدِى أَنَّ لَهُ رَبًّا
يَغْفِرُ الذَّنْبَ
“Hambaku mengetahui bahawa dia
memiliki Rabb yang mengampuni dosa”
Maka dia pun diampunkan. Dan berulang-ulang kali hal yang
sama terjadi. Dia berulang kali melakukan dosa, dan Allah tidak letih
mengampunkan dosa-dosanya. Allah tidak menyukai dosa, tetapi Allah mencintai
pendosa yang bertaubat.
3. Melakukan Kebaikan
Berbuat kebaikan akan menghapuskan dosa-dosa. Dalam sebuah
hadith nabi saw diceritakan bahawa seorang lelaki telah mencium seorang wanita
ajnabi lalu bertemu dengan Nabi saw dan berkata, “Ya Rasulullah aku telah
melakukan sekian dan sekian apakah aku akan diampunkan?”
Rasulullah saw mendiamkan diri. Apalagi tidak ada sebarang
hukuman dalam syarak terhadap perkara tersebut. Kemudian datangnya waktu solat
dan mereka solat.
Selepas solat, Nabi saw memanggil si fulan dan berkata,
“Bukankah engkau telah hadir ke masjid dan solat bersama kami?” “Ya” jawabnya.
Lalu kata nabi, ” ان الحسنات يذهبن السيات” “Sesungguhkan kebaikan menghapuskan kejahatan”.
Setiap sedeqah, setiap wudhu’, setiap solat, setiap
senyuman, setiap tenaga yang disumbang, apa-apa sahaja kebaikan akan
menghapuskan sebahagian dari dosa-dosa.
4. Doa Daripada Orang-orang Beriman Kepada Kita
Mendoakan orang lain agar diampunkan adalah perintah dan
anjuran Allah. Doa mampu menghapuskan dosa-dosa.
وَالَّذِينَ
جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا
الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي
قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا
رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ
“Dan orang-orang (Islam) yang datang
kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami!
Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam
iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam
terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat
Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”. (59:10)
Kita mengharapkan, agar setelah kita pergi, sebahagian
doa-doa dari orang muslim itu sampai kepada kita, apatah lagi doa-doa yang
menyebut nama kita secara khusus. Doakanlah orang lain, semoga kita juga
didoakan.
“كما
تدين تدان”
Sebagaimana kita mendoakan, kita juga didoakan.

Comments
Post a Comment